Taken from : ini fynn jamal cakap
beribu tahun dahulu,
nabi ibrahim alaihissalam dibakar kaumnya.
ketika api marak mahu menelan baginda,
semasa tidak ada daya apa2 bantuan dari siapa2,
seekor burung berulang-alik menyimbah air dengan harapan terpadam jua.
berulang alik--
dengan air dicedok dengan paruhnya.
itulah dibuatnya.
berkali2.
tingkahnya diperhati makhluk lain yang cuma mampu bertanya:
apalah guna kau berlelah2, berbolak-balik--
bila api yang menjilat ibrahim itu takkan langsung terluak walau sejentik.
tenang--
burung itu menyahut:
benar.
takkan langsung terluak walau sejentik.
tapi aku lebih gerun pada tuhan kerana dia akan bertanya;
apa yang telah aku lakukan--
bukan apakah hasil perlakuan aku itu nantinya.
:)
berhenti risaukan apa yang orang kata tentang tuhan yang serba jahat.
tuhan kita terpaling baik.
walau sezarah--
tetap dia kira.
*senyum*
maka--
hari ini--
apa perkara kecil-takkan-langsung-terluak-walau-sejentik kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment